There are no translations available.

Pengenalan

Sekolah Awam mula beroperasi pada pertengahan tahun 2003 yang dipecahkan kepada dua jurusan iaitu Jurusan Pelukis pelan Senibina dan Jurusan JuruBina Bangunan.Bagi belia-belia yang mengikuti Jurusan Pelukis Pelan senibina akan dilatih dengan kemahiran lukisan teknik untuk membolehkan mereka bekerja sebagai Pelukis Pelan Senibina di Firma - firma Arkitek atau syarikat-syarikat kontraktor tempatan. Tempoh masa latihan bagi tahap 1 dan tahap 2 adalah selama 12 bulan (semester 1 dan 2) dan begitu juga dengan tahap 3 iaitu selama 12 bulan (semester 3 dan 4). Penilaian adalah berasaskan sistem ketrampilan bagi Tahap 1 yang dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan manakala penilaian bagi Tahap 2 dan 3 adalah berasaskan penilaian berterusan dan peperiksaan akhir. Modul kursus berasaskan “National Occupational Skill Standard” (NOSS). Latihan kemahiran yang dijalankan meliputi 70% praktikal dan 30% teori. Pelatih-pelatih yang tamat latihan akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Jabatan Pambangunan Kemahiran (JPK) mangikut tahap iaitu:-

 (a) SKM Tahap 1
(b) SKM Tahap 2
 (c) SKM Tahap 3

Kemudahan Pembelajaran

  • set manual drafting bersaiz AO dan Kerusi pneumatik serta lengkap dengan Multi purpose Trolley
  • Mesin blue print
  • Tracing light box
  • mesin Plotter bersaiz A0 yang berteknologi tinggi
  • perisian berlesen seperti berikut:
    • Windows XP
    • AutoCAD 2010
    • MS Office 2007
    • Sketch Up Pro 5
  • peralatan komputer

 

   pps 1 pps 2

  

Last Updated ( Thursday, 18 August 2011 00:45 )