There are no translations available.

Jurusan Penjaga Elektrik


Pengenalan

Jurusan Penjaga Jentera Elektrik merupakan salah satu jurusan dibawah Sekolah Elektrik yang menawarkan kursus sepenuh masa dan separuh masa. Jurusan ini terdiri daripada 5 orang pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman dalam menyelenggara perkakas pada radas hidup dan mati.

Jurusan ini menawarkan Sijil Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A1 dan Penjaga Jentera Elektrik A4 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Sehubungan dengan itu, modul pembelajaran adalah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Pendekatan pembelajaran adalah menerusi penyampaian latihan teori dan praktikal.

Pengenalan Kursus

Kursus Penjaga Elektrik adalah merupakan salah satu cabang kursus kemahiran yang mengkhusus dalam bidang elektrik yang terdapat di IKBN Kinarut Sabah. Ia bertujuan untuk menyediakan golongan tenaga mahir dalam bidang ini selaras dengan perkembangan dan kemajuan negara dalam mengeluar, membekal dan menyelenggara tenaga elektrik. Sepanjang kursus ini dijalankan, pelajar akan didedahkan dengan kemahiran dalam kaedah pemasangan, penyelenggaraan serta membaikpulih perkakasan elektrik. Selain daripada itu, pelajar juga diajar mempraktikkan persekitaran kerja yang selamat disamping melengkapkan para pelajar dengan prosedur pendekatan yang tepat dalam menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan kemahiran ini.

Kemudahan pembelajaran

  1. Binding Overhead System
  2. Street Lighting System Control
  3. Motor Control Panel
  4. Panel PLC
  5. Simulator Street Lighting
  6. Primary Injection Tester
  7. Secondary Injection Tester
  8. High Voltage Tester
  9. Simulator Main Switchboard Under Voltage And Shunt Trip
  10. Synchronizing Genset Simulator

Sipnosis kursus

1. Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 (Sepenuh masa)

1.1. Tempoh kursus:

Kursus ini dijalankan selama 3 tahun mengikut turutan seperti berikut:

  • 1 tahun di institusi termasuk latihan amali
  • 18 bulan latihan sambil bekerja di industri perkilangan / perdagangan di mana pepasangannya berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga
  • 6 bulan di institusi untuk ulangkaji termasuk peperiksaan akhir

1.2. Sukatan pelajaran

  • Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 (Akta 610)
  • Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya.
  • Malaysian Standard IEC 60364
  • Pemulihan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik.
  • Sistem Pencegah Kebakaran
  • Alat-alat Perlindungan Dalam Pepasangan Voltan Rendah
  • Elektrik Asas
  • Pengubah / transformer
  • Kabel
  • Kabel Bawah Tanah
  • Motor Dan Alat Kawalan
  • Bateri
  • Alatukur Dan Alatuji
  • Pendingin Udara
  • Pemeriksaan Bagi Peralatan Papan Suis Utama
  • Pepasangan Penggunaan (Consumer Installation)
  • Lampu jalan
  • Sukatan Pelajaran Talian Atas
  • Talian Atas

2. Kursus Penjaga Jentera Elektrik A4 (Sepenuh masa)

2.1. Tempoh kursus:

Kursus ini dijalankan selama 1 tahun mengikut turutan seperti berikut:

  • 3 bulan  di institusi termasuk latihan amali
  • 6 bulan  latihan sambil bekerja di industri perkilangan / perdagangan dimana pepasangannya berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga
  • 3 bulan di institusi untuk ulangkaji termasuk peperiksaan akhir

2.2. Sukatan pelajaran

  • Akta Bekalan Elektrik 1990
  • Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya
  • Malaysian Standard IEC 60364
  • Pemulihan Pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik
  • Termasuk sukatan pelajaran A0, A1 dan A4-1
  • Stesyen Janakuasa

 

Last Updated ( Saturday, 09 April 2011 03:06 )