There are no translations available.

 


Objektif Umum


 

Mengurus, memberi kemudahan dan melaksanakan semua urusan perkhidmatan dan pentadbiran institut dengan cekap, berkesan dan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

 

Mengenalpasti pelanggan dan kemahuan pelanggan menjadi keutamaan bahagian ini, tanpa mengabaikan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

 

Memperkenalkan konsep pelanggan dalaman kepada unit-unit di bawahnya dan bahan-bahagian lain untuk membantu pencapaian objektif ke tahap yang lebih sempurna.

 

 


 

Objektif Operasi

  • Menguruskan rekod perkhidmatan untuk semua kakitangan.

  • Menyediakan dan menguruskan perakauan kenaikan gaji tahunan kakitangan.

  • Menyediakan dan menguruskan pengesahan dalam perjawatan dan kemasukan ke skim berpencen bagi semua kakitangan.

  • Mengurus dan menentukan kebersihan kawasan, perkhidmatan makanan bermasak kepada pelatih dan keselamatan institut berada pada tahap yang memuaskan.

  • Menguruskan pelawat-pelawat yang datang melawat institut.

  • Menguruskan laporan tindakan tatatertib kakitangan dan pelatih.

  • Menguruskan rekod cuti kakitangan.

  • Menyediakan baucar-baucar bayaran sepanjang tahun.

  • Menguruskan urusan pengambilan pelatih-pelatih baru dengan cekap dan berkesan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

  • Menguruskan perlaksanaan kursus jangka pendek.