There are no translations available.

KEPULANGAN WIRA IKBN KINARUT SELEPAS KEJAYAAN MENAWAN GUNUNG EVEREST

 

         Azlan Jumaan, 37 yang menyertai projek Ekspedisi Everest Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2012 berjaya membawa nama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ke puncak gunung tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest.

          Beliau yang berasal dari Tawau, Sabah menyertai ekspedisi ini atas nama Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia adalah satu-satunya peserta ekspedisi yang berjaya sampai ke Balcony Self Cool di paras 8550 meter kira-kira 300 meter dari puncak Everest yang berada pada ketinggian 8848 meter.

          Cuaca disertai dengan tiupan angin kencang tidak mengizinkan pemandu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, Sabah itu meneruskan pendakian untuk melengkapkan pendakian selama 47 hari  melalui Katmandu.

          Projek Everest KBS yang dimulakan sejak 2008 lalu melalui beberapa fasa latihan pendakian sebelum memulakan perjalanan ke Everest untuk mencapai matlamat pada 24 Mac lalu.

          Perubahan cuaca yang di luar ramalan serta arahan pihak berkuasa Katmandu menghalang cita-citanya untuk meneruskan ke puncak yang jelas kelihatan di hadapannya walaupun semangatnya meronta-ronta untuk mencatatkan sejarah negara.