Kelayakan masuk
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun (semasa menduduki peperiksaan)
3. Mempunyai kelayakan pelajaran, sekurang-kurangnya tamat tingkatan lima sekolah bantuan penuh kerajaan
4. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia
5. Memiliki perakuan kekompetenan Pendawai PW1 / PW2 sekurang-kurangnya 1 tahun.
6. Mempunyai pengalaman kerja berkaitan kerja-kerja pendawaian elektrik tiga fasa dengan kontraktor elektrik kelas C dan ke atas berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga bagi tempoh tidak kurang satu tahun.
7. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja pendawaian elektrik di atas bagi tempoh satu tahun pengalaman berkenaan yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
8. Mengadakan penyata KWSP atau SOCSO bukti pengalaman kerja satu tahun tersebut atau lebih.
Tempoh latihan
240 jam (tidak kurang dari 3 bulan)
Bilangan minimum calon
10 orang
Bilangan maksimum calon
15 orang
Yuran
RM2000
Kaedah pembelajaran
Kerja kursus : Kelas teori dan amali, tugasan, ujian
Peperiksaan akhir : Kertas teori (objektif dan subjektif), amali, ujian lisan
Jadual latihan
Kelas diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Last Updated ( Thursday, 07 April 2011 00:37 )












