Kelayakan masuk

1.    Warganegara Malaysia

2.     Berumur tidak kurang dari 20 tahun (semasa menduduki peperiksaan)

3.     Mempunyai kelayakan pelajaran, sekurang-kurangnya tamat tingkatan lima sekolah bantuan penuh kerajaan

4.     Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia

5.     Pengalaman:

i.             Mempunyai Perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik kategori A0 dengan berpengalaman selama 1 tahun janakuasa segerak voltan rendah dan 1 tahun dalam pemasangan dan penyelenggaraan talian atas voltan rendah, dan

ii.            Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja janakuasa segerak dan juga kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan talian atas voltan rendah bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan,

atau

iii.          Mempunyai Perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik kategori A1 dengan berpengalaman selama 1 tahun janakuasa segerak voltan rendah, dan

iv.          Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja janakuasa segerak voltan rendah di atas bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan,

atau

v.            Mempunyai Perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik kategori A4-1 dengan berpengalaman selama 1 tahun janakuasa segerak voltan rendah, dan

vi.          Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja janakuasa segerak di atas bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan,

atau

vii.         Mempunyai Perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik kategori A4-2 dengan berpengalaman selama 1 tahun janakuasa segerak voltan rendah dan 1 tahun talian atas voltan rendah, dan

viii.        Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja janakuasa segerak voltan rendah dan talian atas voltan rendah bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.

Tempoh latihan

600 jam (tidak kurang dari 10 bulan)

Bilangan minimum calon

10 orang

Bilangan maksimum calon

15 orang

Yuran

 

RM3600

Kaedah pembelajaran

Kerja kursus : Kelas teori dan amali, tugasan, ujian

Peperiksaan akhir : Kertas teori (objektif dan subjektif), amali, ujian lisan

Jadual latihan

Kelas diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Muat turun borang

<<Kembali

Last Updated ( Thursday, 07 April 2011 00:43 )