There are no translations available.

SEMINAR KESIHATAN WANITA IKBN KINARUT

 

9 Mei 2012 - Pada hari ini telah berlangsungnya Seminar Kesihatan Wanita di Dewan Limau-limauan IKBN Kinarut, Sabah. Seminar ini bermula daripada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Seramai 30 orang kakitangan IKBN Kinarut telah menyertai seminar ini.

Seminar Kesihatan Wanita ini merupakan anjuran daripada Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu yang melibatkan 3 orang pegawainya iaitu Puan Noraini Safiie, Puan Roha Asmara dan Puan Fedena Frederic. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah mengenai pemakanan sihat, gaya hidup sihat dan pemeriksaan payu dara sendiri.

Disamping itu juga, aktiviti pemeriksaan kesihatan turut diselitkan dimana kakitangan IKBN Kinarut berpeluang untuk memeriksa tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan BIM masing-masing.

 

Last Updated ( Friday, 11 May 2012 00:19 )