There are no translations available.

PENDAFTARAN KEDUA PELAJAR BARU SESI PENGAMBILAN 2/2012

 

16 Julai 2012 - Pada hari ini berlangsungnya pendaftaran kedua bagi sesi pengambilan pelajar 2/2012. Dianggarkan seramai 160 orang pelajar baru telah datang mendaftar di IKBN Kinarut pada hari ini. Pendaftaran kedua ini dilakukan dua minggu selepas pendaftaran pertama dibuat iaitu pada 2 Julai 2012 yang lalu. Calon-calon yang hadir pada sesi pengambilan kedua ini merupakan calon yang mengisi borang kemasukan ke IKBN Kinarut secara manual dan juga calon rayuan daripada sistem pengambilan UPU yang tidak mendapat tawaran tempat di IKBN Kinarut pada 2 Julai lalu. Bermula pada hari ini juga berlangsungnya minggu paradigma bagi semua pelajar baru ini sehinggalah ke hari Jumaat (20 Julai 2012).

Last Updated ( Friday, 20 July 2012 00:07 )