There are no translations available.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU IKBN KINARUT SESI 1/2013

 

7 Januari 2013 – Pada hari ini berlangsungnya Pendaftaran Pelajar Baru bagi Sesi Pengambilan 1/2013 bertempat di Dewan Limau-limauan IKBN Kinarut. Calon mendaftar pada hari ini adalah merupakan calon yang memohon melalui sistem pengambilan online Kementerian Belia dan Sukan. Kuota yang telah ditetapkan untuk pengambilan kali ini adalah sebanyak 180 orang pelajar. Sebanyak 7 jurusan telah ditawarkan bagi pendaftaran pelajar baru ini iaitu Lukisan Senibina, Binaan Bangunan, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Domesik dan Komersil, Elektronik Industri, Pendawaian Elektrik dan Penjaga Jentera Elektrik. Pihak IKBN berkemungkinan akan mengadakan pengambilan kedua pada 14 Januari 2013 sekiranya kuota yang ditetapkan masih mempunyai kekosongan. Turut hadir pada hari pendaftaran adalah Pengarah IKBN Kinarut, Encik Rosdi Bin Sokri dan Ketua-ketua Jabatan IKBN Kinarut.

Last Updated ( Friday, 18 January 2013 00:43 )