PERUTUSAN KETUA AGENSI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dengan izin dan limpah kurniaNya laman web ini dapat disempurnakan. Perkembangan teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT) telah meningkat dengan pesatnya yang memerlukan kita bergerak seiring dengannya. Sebagai salah sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyediakan latihan kemahiran dan bina jati diri kepada belia-belia, institut ini melihat perkembangan globalisasi serta liberalisasi mempengaruhi peningkatan permintaan guna tenaga mahir di dalam negara.
Untuk merialisasikan hasrat kerajaan dan objektif penubuhan IKBN ini, golongan belia masa kini yang tidak mempunyai peluang melanjutkan pelajaran di bidang akademik diseru untuk mengorak langkah dengan menyertai agensi-agensi kerajaan yang menawarkan latihan kemahiran dan keusahawanan agar kumpulan pekerja berkemahiran, kental dapat dilahirkan. Seiring dengan itu, institut ini sentiasa mempertingkatkan kapasiti pengeluaran guna tenaga mahir yang berkualiti bagi pasaran buruh yang mencabar.
Saya berharap melalui penggunaan laman web ini, pengguna khususnya golongan belia dapat memperolehi pelbagai maklumat dan idea dalam memilih bidang latihan yang bersesuaian serta dapat membuat penilaian terhadap kemudahan-kemudahan yang ditawarkan.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga IKBN yang berkerjasama dalam menyiapkan laman web ini. Pandangan dan sokongan daripada semua amatlah saya alu-alukan dan hargai. Semoga komitmen dan sumbangan yang diberikan ini dapat menghasilkan kecemerlangan yang berterusan kepada IKBN Kinarut Sabah. Insyaalah.
TN. HJ. MOHD DAHALI BIN HJ. MATSIN
Pengarah
Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
SABAH.





















