LATARBELAKANG IKBN KINARUT
Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut Sabah (IKBN) ditubuhkan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan . Institut ini mula dibina pada 17 Januari 2003 di atas keluasan tanah 30 ekar. Institut ini terletak kira-kira 24 kilometer dari bandar Kota Kinabalu.
Ini adalah bertujuan untuk memberi pendekatan latihan berasaskan pelaksanaan semasa iaitu meliputi pendidikan Bina Insan dan Latihan Kemahiran. Pendidikan Bina Insan dilaksanakan melalui aktiviti keagamaan, kawad, kepimpinan, keusahawanan, ketatanegaraan, kemasyarakatan dan kesukanan. Latihan Kemahiran terdiri daripada kuliah teori (30%) dan latihan praktikal (hands-on) di bengkel-bengkel (70%). Institut ini juga merupakan salah satu pusat kecemerlangan bagi pengkhususan di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.




















