Soalan Lazim
SOALAN
- Apa itu IKBN ?
- Bila dan dimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan untuk kemasukan ke
IKBN ? - Adakah borang kemasukan akan dikenakan bayaran oleh pihak tuan ?
- Saya adalah pelajar lepasan SPM dan kurang cemerlang dalam biadang akademik, adakah saya layak untuk memohon ke IKBN dan apakah syarat-syarat minima yang dikenakan oleh IKBN Kinarut?
- Jika saya berjaya memasuki IKBN Kinarut, berapakah yuran yang terpaksa dibayar sepanjang tempoh latihan ?
- Apakah kemudahan yang disediakan oleh pihak IKBN Kinarut untuk pelajarnya ?
- Apakah sijil yang akan diperolehi oleh pelajar institut ini dan apakah ianya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ?
- Bagaimanakah dengan pekerjaan apabila saya tamat menjalani latihan di IKBN ini kelak ?
- Setelah saya tamat dengan jayanya di IKBN ini, adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ketahap yang lebih tinggi ?
JAWAPAN
- IKBN adalah singkatan daripada Institut Kemahiran Belia Negara. Ia ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah bertujuan untuk memberi latihan teknikal secara formal kepada para lepasan sekolah yang kurang cemerlang dalam bidang akademik. Objektif penubuhan adalah :
- Melahirkan tenaga yang mahir untuk keperluan sektor industri.
- Meniggikan kemahiran para belia supaya mereka mampu memberi sumbangan yang lebih berkesan kearah pembanggunan negara.
- Memudahkan para lepasan sekolah mendapat pekerjaan. - Anda boleh mendapatkan borang permohonan di IKBN Kinarut itu sendiri, ataupun di IKBN-IKBN yang berhampiran dan ianya juga akan disiarkan diakhbar-akhbar tempatan pada hari Ahad. Kemasukannya adalah dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai.
- Bagi borang kemasukan ke IKBN tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Bagaimanapun ianya terhad setiap satu borang hanya untuk seorang sahaja.
- Anda dan semua pelajar lepasan SPM layak untuk memohon dan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan dengan syarat minima ialah lulus dalam Bahasa Malaysia dan Matematik serta lulus dalam mana-mana subjek lain yang berkaitan dengan kursus yang dipohon.
- Di IKBN kita tidak menggunakan sebarang yuran semasa anda menjalani latihan disini, malah pihak Kementerian Belia dan Sukan akan memberi elaun sebanyak RM100.00 sebulan. pihak IKBN hanya mengenakan yuran semasa anda mendaftar dan ianya amat berpatutan.
- Antara kemudahan asas yang disediakan adalah seperti berikut:
- Elaun sebanyak RM 100.00
- Kemudahan asrama untuk lelaki dan perempuan secara percuma
- Makan dan minum enam kali sehari secara percuma
- Latihan kemahiran
- Kemudahan sukan -Bola sepak,bola keranjang,pingpong,badminton,bola tampar,sepak takrawtenis dan lain -lain.
- Kemudahan pusat sumber
- Bengkel latihan yang selesa
- Peralatan latihan yang terkini dan berteknologi tinggi
- Surau
- Apabila pelatih tlah tamat dengan jayanya mereka akan dianugerahkan dengan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA tahap 1 dan 2 yang dikeluarkan oleh pihak MLVK (Majlis Latihan Voksional Kebangsaan)
- Negara memerlukan tenaga mahir yang ramai jadi peluang pekerjaan sangat luas dimana hampir semua lulusan IKBN mendapat pekerjaan samaada dalam sektor swasta mahupun kerajaan.
- Peluang sentiasa terbuka untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi seperti Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara,Sepang (IKTBN)Malaysian France Institusi (MFI),German Malaysian Training intstitute(GMTI),ARTEC dan lain -lain lagi Institut pengajian swasta mahupun kerajaan dimana ianya menawarkan SMK tahap 3 dan Diploma Kemahiran.
Last Updated ( Friday, 26 March 2010 23:13 )



















