Objektif Umum
Mengurus, memberi kemudahan dan melaksanakan semua urusan perkhidmatan dan pentadbiran institut dengan cekap, berkesan dan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Mengenalpasti pelanggan dan kemahuan pelanggan menjadi keutamaan bahagian ini, tanpa mengabaikan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
Memperkenalkan konsep pelanggan dalaman kepada unit-unit di bawahnya dan bahan-bahagian lain untuk membantu pencapaian objektif ke tahap yang lebih sempurna.
Objektif Operasi
-
Menguruskan rekod perkhidmatan untuk semua kakitangan.
-
Menyediakan dan menguruskan perakauan kenaikan gaji tahunan kakitangan.
-
Menyediakan dan menguruskan pengesahan dalam perjawatan dan kemasukan ke skim berpencen bagi semua kakitangan.
-
Mengurus dan menentukan kebersihan kawasan, perkhidmatan makanan bermasak kepada pelatih dan keselamatan institut berada pada tahap yang memuaskan.
-
Menguruskan pelawat-pelawat yang datang melawat institut.
-
Menguruskan laporan tindakan tatatertib kakitangan dan pelatih.
-
Menguruskan rekod cuti kakitangan.
-
Menyediakan baucar-baucar bayaran sepanjang tahun.
-
Menguruskan urusan pengambilan pelatih-pelatih baru dengan cekap dan berkesan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
-
Menguruskan perlaksanaan kursus jangka pendek.




















