Jurusan Elektronik Industri
Jurusan Elektronik Industri
Pengenalan
Kursus Elektronik Industri adalah merupakan salah satu cabang kursus kemahiran yang terdapat di IKBN Kinarut,
Pengenalan Kursus
Sepanjang kursus ini dijalankan, pelajar akan didedahkan dengan kemahiran dalam kaedah pemasangan, penyelenggaraan serta membaikpulih peralatan elektronik khususnya yang berkaitan dengan industri pembuatan serta peralatan-peralatan yang berkaitan dengannya. Kursus ini juga mendedahkan para pelajar dengan subjek elektronik yang berkaitan dengan prinsip analog dan digital di samping mendedahkan para pelajar dengan sistem asas hidraulik dan pnuematik. Pada masa yang sama, pelajar juga didedahkan dengan persekitaran kerja yang selamat dalam pengurusan bengkel.
Sinopsis Kursus
Jurusan ini menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia dalam tiga tahap yang berbeza iaitu Tahap 1, 2 dan 3. Penilaian kursus adalah berasaskan kepada sistem ketrampilan dan peperiksaan akhir.
Diantara subjek yang diajar kepada pelatih adalah seperti berikut:-
-
Asas Elektrik dan Elektronik
-
Sensor dan Actuator
-
Motor AC dan DC
-
Konsep asas sistem robotik
-
Pendedahan kaedah ”Programmable Logic Control”
-
Asas kepada sistem hidraulik dan pnuematik
-
Membina Projek Berasaskan Litar Elektronik
-
Konsep Penyelian
Kemudahan Pembelajaran
-
Pneumatic Trainer
-
Hydraulic Trainer
-
Programmable Logic Control system
-
Robotic Equipment
-
Flexible Manufacturing system
-
Motor Control
-
Workshop Workbench
-
Hand and Power Tools
-
Testing and Measuring Instruments
Last Updated ( Thursday, 01 October 2009 02:55 )



















