Jurusan Pendawaian Elektrik
Jurusan Pendawaian Elektrik
Pengenalan
Kursus Pendawaian Elektrik adalah merupakan salah satu cabang kursus kemahiran yang mengkhusus dalam bidang elektrik yang terdapat di IKBN Kinarut Sabah. Ia bertujuan untuk menyediakan golongan tenaga mahir dalam bidang ini selaras dengan perkembangan dan kemajuan negara dalam mengeluar, membekal dan menyelenggara tenaga elektrik. Memperkemaskan jentera pembangunan negara dengan tenaga mahir dalam bidang ini adalah selaras dengan tuntutan dasar pembangunan negara dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Pengenalan Kursus
Sepanjang kursus ini dijalankan, pelajar akan didedahkan dengan kemahiran dalam kaedah pemasangan, penyelenggaraan serta membaikpulih perkakasan elektrik. Pembelajaran tertumpu kepada sistem pemasangan elektrik fasa tunggal dan tiga fasa yang biasanya digunakan secara domestik. Selain daripada itu, pelajar juga diajar mempraktikkan persekitaran kerja yang selamat disamping melengkapkan para pelajar dengan prosedur pendekatan yang tepat dalam menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan kemahiran ini.
Sipnosis kursus
Jurusan ini menawarkan Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal PW2 dan Pendawai 3 Fasa PW4 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Sehubungan dengan itu, modul pembelajaran adalah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Pendekatan pembelajaran adalah menerusi penyampaian latihan teori dan praktikal.
Kemudahan Pembelajaran
-
Motor Control
-
Mainswitchboard Panel for Wiring
-
Fire Alarm System Installation
-
Compressors
-
Contactors
-
Workbench for Equipment Testing
-
Workshop Workbench
-
Current and Voltages Measuring Equipment
-
Domestic Wiring Application at Real House
Last Updated ( Thursday, 01 October 2009 04:36 )



















