UNIT KAWALAN TEKNIKAL (UKT)

Pengenalan

Unit Kawalan Teknikal (UKT) telah ditubuhkan secara rasminya pada 18 September 2007 oleh Tuan Pengarah IKBN Kinarut. UKT merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Kemahiran sebagai langkah bagi memastikan pengurusan pembangunan latihan berjalan dengan lancar mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Objektif

UKT berperanan menyelia dan mengawal mutu latihan yang dijalankan di IKBN Kinarut agar ianya selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Suruhanjaya Tenaga (ST). Selain itu, UKT juga berperanan menyelia Program Pembangunan Kemahiran di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 tahun 2009.

Fungsi

  1. Menyelaras, menyelia dan menilai perjalanan peperiksaan akhir Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
  • Menguruskan semua soalan dan skema permarkahan peperiksaan
  • Menguruskan permohonan Pegawai Penilai Luaran (PPL) untuk menilai peperiksaan akhir
  • Menyediakan laporan keputusan peperiksaan
  • Menguruskan peperiksaan ulangan bagi pelajar-pelajar yang gagal

    2.   Mengurus Persijilan Pelajar dan Pusat Bertauliah

  • Mendaftar dan memohon pengeluaran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan meliputi kerja-kerja lain yang berkaitan
  • Menyelaras Lawatan Verifikasi Pegawai Naziran/Pegawai Penilaian Luaran
  • Pengeluaran semua bentuk sijil di Bahagian Kemahiran
  • Mendaftar, menyelaras, memohon dan memperbaharui sijil-sijil pendaftaran pentauliahan

    3.   Menguruskan Sistem Peperiksaan Akhir Berasaskan Gred dan Mata

  • Menguruskan semua soalan dan skema permarkahan peperiksaan
  • Menyediakan jadual peperiksaan  akhir
  • Menyediakan slip keputusan peperiksaan
  • Menguruskan peperiksaan ulangan bagi pelajar-pelajar yang gagal
  • Menghantar laporan keputusan pepeiksaan kepada Bahagian Pembangunan Kemahiran di KBS
  • Menjadi urusetia Jawatankuasa Peperiksaan dan Persijilan IKBN

4.   Menguruskan Program Pembangunan Kemahiran di bawah Rancangan Malaysia ke-9 Tahun 2009 iaitu Program Skills 4Y (Kemahiran Untuk Belia), Program Skills 2Y (Kemahiran Kepada Belia), Program Bahasa Inggeris (IKBN), Program Bahasa Inggeris (Belia Luar), Program ICT (IKBN), Program ICT (Belia Luar) dan Program Peningkatan Kemahiran (IKBN)

  • Merancang dan mengawal selia program
  • Memantau perjalanan program
  • Menguruskan perbelanjaan program
  • Menyediakan laporan pelaksanaan program

 

Last Updated ( Wednesday, 07 October 2009 05:04 )