UNIT PERHUBUNGAN INDUSTRI IKBN KINARUT

PENGENALAN

Unit Perhubungan Industri Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah ditubuhkan pada November 2008. Tugas utama Unit Perhubungan Industri ialah menyelaras program Latihan Industri pelajar dan berhubung dengan firma serta jabatan-jabatan mengenai Latihan Industri pelajar. Penubuhan unit ini adalah bertujuan untuk mengatur dan mengendalikan permohonan tempat latihan, mengenal pasti tempat latihan yang sesuai, pemantauan latihan dan penilaian Latihan Industri ketika latihan dijalankan. Di samping itu juga, unit ini bertanggungjawab menyelaras keperluan dan kehendak industri dengan latihan kemahiran yang ditawarkan di IKBN Kinarut. Latihan Industri adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar ke alam pekerjaan sebenar yang berkaitan dengan kursus yang mereka ikuti. Dengan itu, mereka dapat meluaskan pengalaman dan memperkukuhkan ilmu yang telah mereka perolehi di IKBN Kinarut.


OBJEKTIF

Memastikan semua pelajar yang layak berjaya mendapat tempat untuk menjalani Latihan Industri yang menjadi syarat untuk persijilan di IKBN Kinarut. Unit Perhubungan Industri juga berusaha memastikan hubungan baik di antara IKBN Kinarut dengan jabatan / syarikat / agensi dapat dikekalkan dan diteruskan pada masa yang akan datang.

FUNGSI

  1. Bertanggungjawab mengurus hal-hal berkaitan Latihan Industri pelajar.
  2. Membantu pelajar mencari tempat Latihan Industri.
  3. Menilai kesesuaian tempat Latihan Industri dengan kursus yang diikuti oleh pelajar.
  4. Mengadakan perjumpaan dengan firma/syarikat bagi mencari kaedah terbaik untuk pelajar mendapat sebanyak mungkin pengalaman dan pengetahuan dari tempat latihan.

Last Updated ( Tuesday, 13 October 2009 12:05 )