PENDAHULUAN
Unit Pembangunan Insan adalah merupakan salah satu unit yang diujudkan di bawah Cawangan Hal Ehwal Pelajar di Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut. Unit ini juga berperanan melaksanakan program berbentuk latihan bina insan, motivasi, kepimpinanan dan ketatanegaraan. Ini merangkumi melaksanakan program citra ibadah dan program kepimpinan khas bagi Majlis Perwakilan Pelajar setiap tahun serta menjadi urusetia kepada semua program berbentuk seminar, forum dan sebagainya berkaitan pembangunan insan.
OBJEKTIF
-
Menentukan semua pelajar yang mengikuti latihan kemahiran memahami serta mengetahui hal – hal berkaitan kepimpinan dan ketatanegaraan.
-
Menanamkan semangat patriotisma dikalangan pelajar dan generasi belia agar memahami dan menghargai erti sebuah kemerdekaan.
-
Meningkatkan rasa tanggungjawab menjadi seorang warganegara yang berdisiplin dan berwawasan untuk memajukan diri, masyarakat, agama,bangsa dan Negara.
PROGRAM DAN AKTIVTI UNIT PEMBANGUNAN INSAN
· Program Citra Ibadah
· Program Citra IKBN
· Majlis Perwakilan Pelajar
· Tilawah, Pidato dan Pertandingan Nasyid
Last Updated ( Saturday, 27 March 2010 02:29 )