UNIT PENGURUSAN PELAJAR 
 
Unit Pengurusan Pelajar ini adalah meliputi  pembelajaran Keusahawanan, Sukan, Rekreasi dan juga Kecergasan. Unit ini juga bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal pelajar  seperti Surat Perjanjian Pelajar, Pemeriksaan Kesihatan Pelajar, Salinan Akaun BSN, gambar dan juga  mengemaskini  data dan juga statistik pelajar.
 
OBJEKTIF
 
Unit ini ditubuhkan bagi memastikan :-
  • Dapat melahirkan belia-belia bukan sahaja mempunyai kemahiran, kepimpinan, tapi mempunyai pengetahuan tentang keusahawanan, bagi memastikan belia-belia ini bukan saja boleh berkerja di bawah pengawasan majikan tetapi boleh memasarkan kemahiran yang mereka miliki melalui perniagaan.
  • Pelajar-pelajar yang ada mematuhi peraturan dan perjanjian yang telah ditetapkan.
  • Memastikan pelajar yang melapor diri di Institut ini benar-benar sihat dan mampu untuk melakukan aktiviti yang diadakan.
  • Data dan statistik yang dikemaskini juga adalah untuk memastikan jumlah sebenar  pelajar yang ada dan masih di bawah tanggungan Institut ini.
  • Di bawah unit Sukan Dan Rekreasi, pelajar-pelajar dapat mengamalkan gaya hidup sihat selaras dengan Dasar Pembangunan Sukan. Melalui Sukan Dan Rekreasi juga akan dapat melahirkan belia yang cergas, sihat dan bersatu ke arah kecemerlangan 
PROGRAM DAN AKTIVTI UNIT  PENGURUSAN PELAJAR
  • Pengurusan Rekod dan Data Pelajar
  • Sakretariat Rakan Muda
  • Alumi IKBN Kinarut
  • Kejohanan Sukan IKBN
  • Aktiviti Sukan, Kecergasan dan Rekreasi
 

Last Updated ( Saturday, 27 March 2010 02:57 )