Pengenalan

Jurusan Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara merupakan salah satu cabang kemahiran di bawah Sekolah Elektrik. Belia-belia lepasan sekolah akan dilatih dengan kemahiran membaikpulih penyaman udara dan peti sejuk disamping mata pelajaran lain seperti kerohanian dan keusahawanan. Ini bagi membolehkan mereka bekerja sebagai Juruteknik, Pekerja Mahir atau Pekerja Separuh Mahir dalam bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara. Penilaian berasaskan sistem ketrampilan yang dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan disamping penilaian berterusan (CGPA) dan peperiksaan akhir. Modul kursus berasaskan “National Occupational Skill Standard” (NOSS). Latihan kemahiran yang dijalankan meliputi 70% praktikal dan 30% teori. Pelajar-pelajar yang tamat latihan akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Jabatan Pambangunan Kemahiran (JPK) mangikut tahap tertentu disamping Sijil Teknologi atau Sijil Lanjutan Teknologi yang dikeluarkan oleh IKBN.

 Kemudahan Pembelajaran

  • Welding Machine
  • Package Unit Simulator
  • Water Cooled Simulator
  • Air Conditioning Unit

Last Updated ( Thursday, 29 April 2010 15:46 )