jurusan JBB
Pengenalan
Kursus Binaan Bangunan merupakan salah satu jurusan dalam bidang binaan dimana pembelajaran program ini adalah bertumpu kepada aspek-aspek pembinaan bangunan yang meliputi aspek pembinaan dan penyeliaan binaan bangunan. Modul pembelajaran program ini berasaskan “National Occupational Skill Standard” (NOSS) yang dikawalselia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Aktiviti pembelajaran adalah secara “hand-on” bagi semua tahap program yang ditawarkan. Penilaian program adalah berasaskan sistem ketrampilan bagi Tahap 1 yang dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan manakala penilaian bagi Tahap 2 dan 3 adalah berasaskan penilaian berterusan dan peperiksaan akhir. Latihan kemahiran yang dijalankan meliputi 70% praktikal dan 30% teori.
Objektif
Melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran teknikal dalam bidang binaan bangunan bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan di sektor industri pembinaan sama ada di jabatan kerajaan, swasta atau pun bekerja sendiri.
Persijilan
Persijilan adalah dibawah kawalselia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Belia yang berjaya menamatkan kursus dengan jayanya akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap yang diambil.
Syarat Kemasukan
-
Tahap 1 — memiliki sekurang-kurangnya SPM/SPMV
-
Tahap 2 — memiliki SKM Tahap 1
-
Tahap 3 — memiliki SKM Tahap 2
Last Updated ( Thursday, 29 April 2010 16:15 )




















